Page 43 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 43
2) Setiausaha Peperiksaan Dalaman
• Menyediakan jadual waktu pentaksiran/peperiksaan peringkat sekolah.
• Menyimpan rekod jadual pembinaan soalan.(Rujuk kepada Ketua-Ketua Panitia)
• Menyediakan rekod pengawasan pentaksiran/peperiksaan.
• Memastikan kertas-kertas soalan berada dalam keadaan selamat.
• Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas
pentaksiran/peperiksaan sebelum pentaksiran/peperiksaan dijalankan dan
pengambilan direkodkan.
• Memantau dan memastikan pentaksiran/peperiksaan dalaman dilaksanakan
dengan teratur.
• Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang
ditetapkan.
• Memastikan markah dimasukkan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
• Membuat semua analisis pentaksrian/peperiksaan dalaman.
• Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU/JSI disimpan untuk rujukan.
3) Setiausaha Peperiksaan PT3 dan SPM
• Memberi penerangan tentang hal-hal berkaitan peperiksaan PT3/SPM kepada
guru tingkatan.
• Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang
Sementara) untuk diisi oleh murid dengan kerjasama guru tingkatan.
• Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh
JPN dan Lembaga Peperiksaan.
• Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara)
dengan kerjasama guru tingkatan.
• Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3/SPM.
• Memasukkan data murid ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN,
Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
• Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3/SPM:
a) Analisis keputusan peperiksaan
b) Borang keterangan murid yang tidak memiliki kad pengenalan
• Menguruskan hal-hal berkaitan sebelum peperiksaan;
a) Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik
peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
b) Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan.
c) Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
d) Menyediakan peralatan untuk peperiksaan (alamri, jam dinding, bateri,
lakri, white board marker, pemadam, dan lain-lain).
e) Menyediakan papan tanda tunjuk arah untuk digunakan semasa
peperiksaan.
f) Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan yang diperlukan
untuk calon persendirian jika ada.
g) Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan Pendidikan Seni.
h) Penyelaras peperiksaan PT3/SPM mesti berada di sekolah pada hari
terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-
barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
i) Mendapatkan 1 set soalan terbuka PT3/SPM untuk rujukan sekolah.
4) Penyelaras Tingkatan
• Menyediakan jadual pengawasan pentaksiran/peperiksaan.
• Membantu menyediakan analisis peperiksaan.
• Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan dalaman bagi menyediakan bilik-
bilik peperiksaan.
41

