Page 42 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 42
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN
1. Saiz font yang diterima (piawai) dengan menggunakan mesin taip atau komputer ialah
TIMES NEW ROMAN 11 atau 12 sahaja.
2. Semua kertas soalan untuk Pentaksiran/Peperiksaan 1/2/3/Percubaan mesti
mempunyai halaman depan (kulit) yang standard atau diselaraskan oleh PKP.
3. Format kulit yang diterima mesti mengandungi perkara-perkara berikut:-
a) Nama Sekolah : SMK BANDARAYA KOTA KINABALU
b) Nama Peperiksaan : PENTAKSIRAN SUMATIF 1/2/3/PT3 20__
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 20__
c) Tingkatan : TINGKATAN 1/2/3/4/5
d) Nama Mata Pelajaran : BAHASA MELAYU
e) Nombor kertas(jika berkenaan) : Kertas 2
f) Tempoh masa kertas : Dua Jam Tiga Puluh Minit
g) Arahan untuk kertas soalan : Mengikut format sebenar kertas itu dalam
PT3/SPM
h) Kod Kertas : 1103/2
4. Halaman depan (kulit) kertas soalan tidak perlu untuk ujian bulanan (sekiranya ada),
tetapi bahagian atas muka pertama mesti mengandungi perkara berikut:-
a) Nama Sekolah : SMK BANDARAYA KOTA KINABALU
b) Nama Ujian : UJIAN 1
c) Tingkatan :
d) Nama Kertas :
e) Kod Kertas :
f) Tempoh Masa Kertas :
g) Arahan ringkas :
5. Bagi Pentaksiran Sumatif 1/2/3/PT3, Peperiksaan Percubaan SPM;
a) Semua soalan wajib ditaip iaitu tidak boleh fotostat soalan dan ditampal.
b) Perkara yang boleh difotostat dan ditampal ialah peta dan gambar rajah sahaja.
c) Hanya soalan-soalan objektif boleh ditaip dalam 1 atau 2 lajur (3 lajur tidak
diterima).
d) Soalan bukan berbentuk objektif tidak boleh ditaip dalam dua lajur.
e) Semua kertas soalan mesti dicatat nombor muka surat. Pembetulan ke atas kertas
soalan tidak boleh dielakkan, tetapi harus dibuat dengan kemas dan jelas.
BIDANG TUGAS UNIT PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
1) Setiausaha Peperiksaan
• Mengurus mesyuarat Unit Pentaksiran dan Peperiksaan.
• Menguruskan pembelian peralatan untuk peperiksaan.
• Menyediakan jadual kerja pentaksiran/peperiksaan.
• Memantau perjalanan pentaksiran/peperiksaan.
• Mengurus surat-surat berkaitan pentaksiran/peperiksaan.
• Mengurus penghantaran laporan analisis peperiksaan PT3 dan SPM ke PPD/JPN.
• Membuat senarai semak kertas soalan dan skema yang dibekalkan oleh pihak
Jabatan Pelajaran.
• Menyelaras analisis PT3 dan SPM.
• Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa
ditetapkan.
• Menyediakan buku log / fail Guru Bertugas semasa peperiksaan PT3 dan SPM.
• Memantau tugasan AJK Pentaksiran dan Peperiksaan.
40

