Page 44 - BUKU PENGURUSAN 2022_23 SMKBKK
P. 44
5) Guru Penyedia Soalan
• Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak dibenarkan
diulang semula pada tahun-tahun berikutnya (3 tahun pusingan).
• Soalan pentaksiran/peperiksaan hendaklah sampai kepada pentadbir (PKP / GKMP
/ KP) dalam tempoh 6 minggu sebelum tarikh pentaksiran/peperiksaan.
• Semua guru penyedia kertas soalan pentaksiran/peperiksaan DIINGATKAN supaya;
a) Tidak melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menaip soalan
pentaksiran/peperiksaan.
b) Tidak melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menyusun dan
mengelip kertas soalan.
c) Tidak melibatkan mana-mana murid untuk membantu dalam menyemak dan
menanda kertas soalan yang telah dijawab.
d) Tidak melibatkan mana-mana murid untuk “key in” markah.
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN
1. Pentaksiran dan peperiksaan yang diadakan adalah untuk memastikan kesinambungan
proses PdPC. Pelaksanaan pentaksiran dan peperiksaan hendaklah berasaskan Sukatan
Pelajaran serta format terkini yang telah ditetapkan.
2. Sebarang PENANGGUHAN pentaksiran/peperiksaan adalah TIDAK DIBENARKAN
kecuali bagi murid yang mewakili sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD/JPN
/ KPM atau mengikut budi bicara tuan pengetua. Guru pengiring / guru penasihat / guru
penyelaras adalah bertanggungjawab untuk memastikan murid tersebut menjawab
soalan pentaksiran/peperiksaan mengikut masa yang telah diperuntukkan di bawah
pengawasan guru pengiring / penyelaras itu sendiri.
3. Murid yang tidak menduduki pantaksiran/peperiksaan atas kebenaran pihak pentadbir
sekolah atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di luar
jadual peperiksaan. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan
sama sekali menduduki pentaksiran/peperiksaan tersebut.
4. Bagi Ujian 1 dan 2 yang tidak diselaraskan tarikh pelaksanaan, guru-guru yang terlibat
seboleh mungkin melaksanakannya dalam tempoh yang ditetapkan (minggu sama)
ATAU menyediakan beberapa set ujian jika berlaku kebocoran soalan.
5. SU Peperiksaan Dalaman perlu memastikan guru mata pelajaran menyemak, menanda
kertas soalan dan memasukkan markah pentaksiran/peperiksaan murid berkenaan.
6. Analisis Item hendaklah disediakan bagi kertas soalan berbentuk objektif dan subjektif
untuk Pentaksiran Sumatif 1/2/3/PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM.
7. Keputusan pentaksiran/peperiksaan semua murid akan dipamerkan dalam kelas supaya
murid sentiasa berusaha dan bersaing untuk mencapai keputusan terbaik kerana murid
berasa malu jika keputusan yang dipamerkan tidak baik.
TATACARA MENDUDUKI SEMULA PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN
Murid yang mewakili sekolah untuk sebarang pertandingan sewaktu peperiksaan
dijalankan adalah layak menduduki semula peperiksaan mengikut tatacara berikut;
1. Guru pengiring memastikan kertas pentaksiran/peperiksaan yang perlu diduduki oleh
pelajar.
2. Guru pengiring memaklumkan lebih awal mengenai pentaksiran/peperiksaan semula
kepada Setiausaha Peperiksaan dengan mengisi borang yang disediakan.
3. Guru pengiring bertanggungjawab menjalankan pentaksiran/peperiksaan semula sama
ada menjalankan pentaksiran/peperiksaan tersebut lebih awal atau kemudian kerana
set soalan yang berlainan akan digunakan.
4. Guru-guru penyedia soalan perlu menyediakan soalan yang berlainan jika terdapat
pentaksiran/peperiksaan semula yang perlu dijalankan untuk mata pelajarannya.
5. Guru pengiring memastikan murid yang menduduki pentaksiran/peperiksaan semula
mematuhi segala peraturan peperiksaan.
42

