Page 29 - Kami Pilih Selamat
P. 29

Kanak-kanak adalah anugerah  Allah yang
            tidak ternilai dan merupakan modal insan
            penting  kepada negara.  Perlindungan  hak,
            penganiayaan dan keganasan terhadap
            kanak-kanak haruslah diberi penekanan utama
            di negara kita.
            Antara  kes penganiayaan dan keganasan
            yang berlaku terhadap kanak-kanak adalah
            pengabaian,  penderaan  fizikal,  seksual  dan
            emosi, keganasan dan eksploitasi seperti
            pemerdagangan,  pelacuran,  pornografi  dan
            pedofilia.
            Kanak-kanak  menghadapi keganasan dalam
            pelbagai  situasi  termasuk di  rumah, sekolah,
            taska serta  tadika.  Melindungi  kanak-kanak
            daripada keganasan memerlukan penglibatan
            setiap individu dalam masyarakat.


                              29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34