Page 31 - Kami Pilih Selamat
P. 31

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) &
           Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)
           PPKK  ditubuhkan di negeri  dan daerah berfungsi
           sebagai  sistem sokongan kepada perkhidmatan
           perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang
           dikendalikan oleh PPKK  ialah Pusat Aktiviti Kanak-
           Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan
           mengikut keperluan masyarakat setempat.

           Objektif  penubuhan  PAKK  adalah  untuk
           menganjurkan  program  dan   perkhidmatan
           sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan
           terutama  bagi kanak-kanak yang dianiaya  oleh
           keluarga mereka. Peranan PAKK dan aktiviti-aktiviti
           yang dijalankan oleh Pasukan Pelindungan Kanak-
           kanak :
           Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti
           yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
           Pusat  advokasi :  Mengadakan  ceramah  /  kursus
           pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-
           kanak.
           Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan
           untuk kanak-kanak.
           Pusat  Pembelajaran  :  Kelas bimbingan /  komputer  /
           kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato
           / deklamasi sajak.
           Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
           Pusat  Sosial / Sukan / Rekreasi :  Sukan / riadah /
           program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.





                              31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36