Page 22 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 22
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar dapat:
· menggunakan Pen Tool, untuk melukis bentuk secara bebas.
· mengenali dan menggunakan Gradient Tool, untuk menghasilkan ton warna yang
berbeza.
· mengenali dan menggunakan Measure Tool, untuk melukis imej mengikut
spesifikasi dengan tepat.
Aktiviti 1
Pen Tool
Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis
lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum
menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk
memahami bagaimana lorong (path) dibina.
Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan
Point segmen. Setiap Point Segmen dapat
diubah atau dibetulkan agar lorong atau
lengkungan lebih sempurna.
Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub
menu :-
1. Pen Tool
2. Freeform Pen Tool
3. Add Anchor Point Tool
4. Delete Anchor Point Tool
5. Convert Point Tool
Aktiviti 2
Gradient Tool
Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu
warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.
1. Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar
utama.
2. Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle
Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan
Mode.
3. Letakkan kursor
di permulaan
bahagian
berlakunya
perubahan Gradient,
16

