Page 18 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 18

Objektif
                   Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
                     · menggunakan  History   Brush  Tool  untuk   mengesan   segala   aktiviti   yang   telah
                         dilakukan sebelumnya.
                     · menggunakan   alat  Rubber   Stamp   Tool  untuk   menyalin   sesuatu   imej     agar
                         mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.
                     · menggunakan Pencil Tool untuk mencipta garisan secara bebas.




                 Aktiviti 1

                 History Brush Tool


                 Berperanan   untuk   mengimbas   kembali   arahan-
                 arahan yang telah dilakukan terhadap  Tool Brush.
                 Jika   anda   terlupa   jenis   peralatan   yang   telah
                 digunakan,   melalui   kemudahan   ini   anda   boleh
                 memanggil   semula  Tool  yang   digunakan.   Melalui
                 Tool   Box  yang   disediakan,   klik   pada   alat   yang
                 berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu History
                 Brush Tool dan Art History Brush.





                 Aktiviti 2


                 Pelajar dapat menggunakan alat  Clone Stamp Tool  untuk menyalin sesuatu imej   agar
                 mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.



                  Clone Stamp Tool

                 Alat  Clone   Stamp,   boleh   digunakan   untuk   memperkemaskan   imej   secara   menyalin
                 sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat  Clone Stamp  untuk
                                                          memaparkan palet opsyennya yang berada di
                                                          bawah Menu Bar utama.

                                                             1. Menetapkan saiz berus yang sesuai.
                                                             2. Pilih  Clone Stamp  dan bawa kursor ke
                                                                 bahagian   imej   yang   hendak   disalin.
                                                                 Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon
                                                                 bulat
                                                                         O

                                                             3. Tekan   butang   kekunci   Alt,   kursor   akan
                                                                 bertukar kepada ikon target.


                                                             4. Klik   pada   bahagian   imej   yang   hendak
                                                                 disalin.







                                                            12
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23