Page 21 - Produksi Multimedia Modul Pembelajaran Adobe Photoshop
P. 21
Imej yang terhasil setelah
menggunakan dodge tool
Aktiviti 2
Blur Tool
Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur
(Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel
dan amat berguna untuk memperkemas pinggir
bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk.
1. Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool
Option di menu bar utama.
2. Tentukan Mode, Strength dan saiz berus.
3. Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik
dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel.
Aktiviti 3
Type Tool
1. Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas
imej atau ruang kerja canvas dan klik.
2. Ini menandakan titik bermulanya untuk
anda menaip. Kotak dialog Type Tool
akan terpapar.
3. Tetapkan settingnya bagi jenis Font
Family, Font Style, Font Size,
Leading, Spacing, Colour dan
Alignment.
4. Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai
(default).
UNIT 6 : PEN, GRADIENT DAN MEASURE TOOL
15

