Page 146 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 146
Bersama Mencipta Nilai 145
Pembangunan Organisasi
MPIC telah melaksanakan fungsi dan peranannya dengan kekuatan 304 perjawatan yang diluluskan di bawah
Waran Perjawatan Bilangan E71 Tahun 2016. Perjawatan ini telah membentuk enam (6) Unit di bawah seliaan
terus Ketua Setiausaha, lima (5) Bahagian di bawah pengurusan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan
Komoditi) serta enam (6) Bahagian di bawah pentadbiran Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik
dan Pengurusan).
Pengisian Perjawatan Tahun 2017
Sehingga 31 Disember 2017, kadar pengisian perjawatan ialah sebanyak 86% iaitu 261 daripada jumlah
perjawatan keseluruhan. Pecahan perjawatan, pengisian dan kekosongan adalah seperti di Jadual 1:
Pecahan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan di MPIC Tahun 2017
Kumpulan
Perkhidmatan Perjawatan Pengisian Kekosongan
Anggota Pentadbiran 4 3 1
Pengurusan Tertinggi 7 7 0
Pengurusan & Profesional 142 114 28
Sokongan I 115 104 11
Sokongan II 36 33 3
Jumlah 304 261 43
Penstrukturan Semula dan Pengukuhan Perjawatan
Bagi memastikan struktur dan fungsi organisasi sentiasa relevan, penstrukturan dan pengukuhan perjawatan
sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan semasa. Pada tahun 2017, pengukuhan telah dilaksanakan pada
perjawatan di Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa serta Unit Integriti. Pengukuhan ini melibatkan
penyusunan semula perjawatan dan fungsi berdasarkan perubahan pada peranan dan senarai tugas semasa
yang dilaksanakan di Bahagian/Unit tersebut.

