Page 154 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 154

Bersama Mencipta Nilai  153





                   INOVASI,


                   TRANSFORMASI



                   DAN MODAL INSAN


                   INDUSTRI







                   Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC)


                   1CSC ialah singkatan kepada 1Commodity Service
                   Centre  atau Pusat Khidmat 1Komoditi merupakan
                   salah satu Program Transformasi MPIC bagi
                   menyediakan perkhidmatan berkaitan komoditi
                   sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf di bawah
                   satu bumbung dengan menggunakan pejabat agensi
                   sedia ada. Objektif penubuhan 1CSC adalah untuk
                   memudahkan rakyat mendapat akses perkhidmatan
                   berkaitan perusahaan perladangan dan komoditi
                   serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam
                   perusahaan perladangan dan industri komoditi.
                   Antara perkhidmatan yang disediakan di 1CSC
                   adalah permohonan lesen, permohonan insentif/
                   bantuan, permohonan latihan, maklumat asas
                   tanaman  semua  komoditi  dan  pertanyaan  serta
                   aduan.

                   Terdapat enam (6) buah Pejabat Pusat Khidmat
                   1Komoditi (1CSC) telah ditubuhkan di seluruh
                   negara iaitu:
                   i.  1CSC Sungai Petani, Kedah

                   ii.  1CSC Jitra, Kedah
                                                                      Pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC)
                   iii.  1CSC Teluk Intan, Perak                         Teluk Intan, Perak pada 23 Mac 2017
                   iv.  1CSC Betong, Sarawak
                   v.  1CSC Tawau, Sabah
                   vi.  1CSC Lahad Datu
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159