Page 156 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 156

Bersama Mencipta Nilai  155






                   Hari Inovasi

                   Selaras dengan penetapan oleh Kerajaan untuk mengadakan Sambutan Hari Inovasi pada setiap tahun bagi
                   menandakan kepentingan budaya kreativiti dan inovasi dalam mendokong agenda transformasi sektor awam,
                   MPIC telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi Peringkat MPIC dan Agensi pada 6 dan 7 November 2017
                   di Dewan Keruing, MPIC. Antara pengisian program ini adalah Bicara Inovasi yang telah disampaikan oleh
                   Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Kursus Training of Trainers (TOT) Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan
                   Kreatif (KIK).






























                     Program Aplikasi MyHawker
                     Dalam usaha menghadapi cabaran Revolusi Industri (IR)
                     4.0, kerajaan menumpukan perhatian dan usaha untuk
                     memastikan semua pihak bersedia mengadaptasi teknologi
                     pesat terutamanya pembangunan aplikasi internet dan
                     media sosial. Lanjutan daripada itu, MPIC melalui Unit
                     Pembangunan Penjaja, Peniaga Kecil dan Wakaf Hindu
                     (UPPPKWH) telah membangunkan satu aplikasi  MyHawker
                     supaya para penjaja kecil dapat mengaplikasi cara promosi
                     jualan yang lebih drastik secara digital melalui media sosial,
                     mempromosi keistimewaan pelbagai juadah dan budaya
                     pelbagai kaum kepada pengguna tempatan dan pelancong
                     asing dan seterusnya meningkatkan pendapatan para penjaja
                     kecil dengan membantu mempromosikan perniagaan secara
                     lokaliti di seluruh Malaysia dan memudahkan aksesibiliti
                     (kebolehsampaian) para pengguna dari segi masa dan jarak.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161