Page 160 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 160
Bersama Mencipta Nilai 159
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
DAN ICT
Program Hari ICT MPIC 2017
Dalam mendedahkan warga MPIC dengan
technology update ICT, program Hari ICT MPIC 2017
telah diadakan pada 25 Julai 2017. Objektif utama
program ini ialah untuk memberikan informasi terkini
ICT dan di samping untuk kesedaran warga MPIC
kepentingan keselamatan dalam mengendalikan
kemudahan ICT. Penceramah-penceramah daripada
Cybersecurity Malaysia, Suruhanjaya komunikasi
dan Multimedia (SKMM) dan Prestariang Sdn.
Bhd. telah dijemput untuk memberikan taklimat
kepentingan ICT dan langkah-langkah keselamatan
maklumat.
Program yang dijalankan selama 1 hari ini telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada semua warga MPIC dan jabatan-jabatan
kerajaan sekitar MPIC iaitu Jabatan Imigresen
Malaysia dan Jabatan Audit Negara dengan
pembukaan booth-booth pameran ICT yang
telah disertai oleh syarikat-syarikat pembekal
perkhidmatan ICT utama di Malaysia misalnya
iaitu TM, EPSON, Cybersecurity Malaysia, MYTY,
Speedminer, Celcom dan banyak lagi.

