Page 162 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 162
Bersama Mencipta Nilai 161
Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan
Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) merupakan suatu
pendekatan yang bersistematik dan berstruktur dalam pengurusan
maklumat. Skop ISMS MPIC ialah “Sistem Pengurusan Keselamatan
Maklumat bagi Pengoperasian Perkhidmatan Laman Web dan Data
Komoditi MPIC”. Pelaksanaan ISMS meliputi polisi, proses, prosedur,
struktur organisasi, perisian dan juga fungsi sesuatu perkakasan. MPIC
telah berjaya dianugerahkan pensijilan semula ISMS di bawah standard
ISO / IEC 27001:2013 Information Security Management Systems bagi
tempoh 3 tahun dan sah sehingga 10 September 2020 oleh Cybersecurity
Malaysia (No. Sijil: 020-ISO31).
Penerimaan Anugerah Peneraju Data Terbuka
Sektor Awam Sempena Hari Data Terbuka Tahun 2017
MAMPU telah mengajurkan Hari Data Terbuka Tahun 2017 pada 25 Mei 2017 bertempat di Dewan Tunku
Canselor, Universiti Malaya yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Di dalam
majlis tersebut MPIC selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan sebagai Peneraju
Data Terbuka Terbaik bagi tahun 2016. Anugerah tersebut telah diterima oleh YBrs. TKSU(P) Encik Toisin Gantor
selaku CIO MPIC.
TKSUP YBrs. En Toisin Gantor menerima Sijil Penghargaan sebagai Peneraju Data Terbuka
Terbaik bagi Tahun 2016 yang disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

