Page 56 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 56
Komoditi Malaysia Di Mata Dunia 55
Misi Ekonomi Teknikal Dan Promosi Sawit
Misi Ekonomi dan Teknikal Komoditi Sawit, Kayu Kayan
dan Getah ke Iran dan India, 5-9 Februari 2017
YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah
mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Komoditi Sawit, Kayu
Kayan dan Getah ke Iran dan India dari 5 hingga 9 Februari
2017. Misi ini bertujuan mempromosi dan mengukuhkan
eksport minyak sawit, produk kayu dan getah ke Iran dan
India serta memantapkan hubungan perniagaan antara sektor
swasta kedua-dua negara dengan Malaysia. Antara tumpuan Misi Ekonomi dan Teknikal Komoditi Sawit, Kayu dan
yang diberikan semasa misi tersebut termasuk keselamatan Getah ke Iran dan India yang diketuai oleh
YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan
dan faedah pemakanan minyak sawit dan beberapa bidang Perladangan dan Komoditi
kerjasama bagi mengukuhkan dagangan dua hala.
Misi Ekonomi dan Promosi Sawit dan Getah ke Republik
Rakyat China 3-6 Mei 2017
Misi yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri MPIC telah
berjaya memupuk hubungan dan kerjasama dua hala dalam
industri minyak sawit dan getah di antara kedua-dua negara.
Semasa misi ini, YBM turut menghadiri Palm Oil Trade and
Seminar (POTS) dan Fifth Palm Oil Health and Nutrition Forum
and International Glove Seminar.
YB Timbalan Menteri MPIC turut menyaksikan upacara Misi Ekonomi dan Promosi sawit dan Getah ke
Republik Rakyat China yang diketuai oleh
menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Palm YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri
Oil Industry Cluster (POIC) Lahad Datu dengan Tangshan Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Chunhua Grain & Oil Group Co., Ltd. Dalam meningkatkan
perdagangan dan pelaburan di dalam aktiviti berkaitan industri
sawit.
Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Kesatuan Eropah,
10-13 Jun 2017
Kesatuan Eropah (European Union - EU) merupakan destinasi
utama eksport minyak sawit dan produk-produk sawit. Misi
ini bertujuan untuk menyatakan pendirian negara terhadap
Resolusi Parlimen EU mengenai Palm Oil And Deforestation
Of Rainforests serta memberi informasi mengenai pengeluaran
mampan sawit negara. Misi ni melibatkan beberapa siri
mesyuarat dan perbincangan delegasi Malaysia dengan
Kerajaan di EU, penggiat industri dan juga Badan Bukan Misi Ekonomi dan Promosi Sawit ke Kesatuan Eropah
yang diketuai oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong,
Kerajaan (NGO). Misi ini telah berjaya mengeratkan jaringan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

