Page 58 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 58
Komoditi Malaysia Di Mata Dunia 57
Inaugural Ministerial Meeting Of
Palm Oil Producing Countries Di Bali,
Indonesia,1-3 November 2017
Inaugural Ministerial Meeting of Palm Oil Producing
Countries (IMMPOPC) telah diadakan di Bali,
Indonesia dari 1 hingga 3 November 2017. IMMPPC
bertujuan untuk mendapatkan penglibatan dan
sokongan lain-lain negara penanam sawit untuk
menjadi ahli CPOPC. Antara negara penanam sawit
Bergambar kenangan bersama wakil-wakil negara
yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Thailand, pengeluar sawit semasa Inaugural Ministerial Meeting Of
Columbia, Papua New Guinea, dan Guatemala. Palm Oil Producing Countries Di Bali, Indonesia yang telah
CPOPC merupakan satu platform bagi negara- diadakan pada 1-3 November 2017
negara sawit bekerjasama serta mempunyai satu
pendirian dan suara terhadap isu-isu yang berkaitan
industri sawit.
Persidangan Global India 2017 Di Mumbai, India 13-15 September 2017
YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah dijemput untuk
memberi ucaptama sempena Persidangan Globoil India 2017 pada 14 September 2017 bertempat di Renaissance
Mumbai Convention Centre Hotel, Mumbai, India. YB Menteri juga turut mengadakan perbincangan dua hala
dengan TYT Suresh Prabhu, Menteri Perdagangan dan Perindustrian India, TYT Gajendra Singh Shekhawat,
Menteri Pertanian India, dan TYT Kolonel Rajyavardhan Singh Rathore, Menteri Belia dan Sukan India pada 13
September 2017 di New Delhi, India. Semasa di India, YB Menteri turut mempromosikan persijilan Malaysia
Sustainable Palm Oil (MSPO) untuk meningkatkan imej Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit mampan
dunia.
YB Datuk Seri Mah Siew Keong menyampaikan YB Datuk Seri Mah Siew Keong mengadakan
ucaptama di Persidangan Globoil India 2017 di perbincangan dua hala dengan TYT Suresh Prabhu,
Mumbai, India Menteri Perdagangan dan Perindustrian India

