Page 57 - LAPORAN TAHUNAN 2017
P. 57
Laporan Tahunan MPIC 2017
56 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan di Kesatuan Eropah. Selain itu, Misi ini turut membincangkan
kempen pelabelan “No Palm Oil” ke atas produk pengguna serta menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap
kempen-kempen anti minyak sawit.
Misi Ekonomi dan Promosi Sawit dan Getah ke
Filipina, 18-20 Julai 2017
YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
juga mengadakan perbincangan dua hala dengan
TYT Alfonso G. Cusi, Setiausaha Tenaga, Republik
Filipina dan sesi dialog bersama Ketua Pegawai
Eksekutif syarikat pengimport minyak sawit dan
Komuniti Perniagaan Malaysia di Republik Filipina.
Misi telah berjaya memperkukuhkan pasaran minyak
Perbincangan antara YB Datuk Seri Mah Siew Keong
sawit dan produk-produk sawit Malaysia di Republik bersama TYT Alfonso G. Cusi, Setiausaha Tenaga (kanan)
Filipina yang merupakan salah satu pasaran yang dan Ramon M. Lopez, Setiausaha Perdagangan (kiri),
berpotensi tinggi untuk minyak sawit. Sektor swasta Republik Filipina semasa Misi Ekonomi dan Promosi Sawit
dan Getah ke Filipina pada 18 hingga 20 Julai 2017
Malaysia juga meneroka peluang-peluang pelaburan
di samping memperkukuhkan jaringan perdagangan.
Sesi Taklimat Mengenai Pembangunan Industri Sawit Malaysia Kepada Duta-
Duta Dari Negara-Negara Kesatuan Eropah Di MPIC
YB Datuk Seri Mah Siew Keong telah mengadakan perjumpaan bersama Duta-Duta dari negara-negara
Kesatuan Eropah di Malaysia pada 20 Januari 2017 di Putrajaya bagi membincangkan isu berkaitan amalan
kemampanan dalam industri sawit Malaysia. Seramai 15 Duta telah hadir ke perjumpaan dan sesi dialog ini.
Perjumpaan ini berjaya memberi kefahaman yang lebih jelas berkenaan amalan dan usaha Malaysia dalam
memastikan minyak sawit negara mampan dan mesra alam serta selaras dengan permintaan pasaran global
terhadap minyak sawit mampan.
YB Datuk Seri Mah Siew Keong beramah mesra dengan Bergambar kenangan YB Menteri Perusahaan
Duta-duta dari Negara-negara Kesatuan Eropah Perladangan Dan Komoditi bersama Duta-Duta Dari
Negara-Negara Kesatuan Eropah ke Malaysia

