Page 16 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 16
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Bahawa murid-murid di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju dan berjaya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan itu, seluas-luas peluang akan diiberikan
kepada semua murid di sekolah ini untuk mengembangkan kebolehan dan potensi.
2. Bahawa semua pendidik di sekolah ini berkeupayaan dan berkebolehan serta mempunyai
kecekapan dan juga kemahiran untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan
bermutu tinggi bagi memajukan tahap pendidikan di sekolah ini.
3. Bahawa sekolah ini berkeupayaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal dan
tenaga pendidik serta berseedia memikul tanggungjawab melahirkan generasi yang boleh
memberi sumbangan yang posiitif kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
BUDAYA SEKOLAH
1. Perancangan strategik dibina dan dilaksana
2. Menyediakan kemudahan PdPc yang terbaik.
3. Semua murid diberi peluang yang sama rata untuk akses ilmu pengetahuan dan
kejayaan.
4. Menyediakan guru yang efektif melalui pembelajaran yang berterusan.
5. Menggalakkan guru memajukan diri dalam bidang iktisas dan profesional.
6. Menanam semangat ‘sense of belonging’ dan collobrative pada warga SKFAS.
ter bertar
14

