Page 17 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 17
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
PIAGAM PELANGGAN
Sekolah Kebangsaan Fakeh Abd. Samad, dengan penuh tekad dan iltizam, akan
menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk;
Murid
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang
ditetapkan dalam jadual waktu
2. Memastikan tidak ada hari murid tidak belajar pada hari dan waktu persekolahan
yang ditetapkan
3. Memastikan semua kerja murid akan disemak segera dengan kemas dan teliti
4. Memastikan kebajikan pelajar diambil tindakan serta-merta
5. Memastikan keselamatan pelajar semasa berada di sekolah diberi perhatian serius
Guru & Staf
1. Memastikan agihan tugas guru diberi secara adil dan seimbang
2. Memastikan urusan gaji guru-guru dan kakitangan tepat pada masanya
3. Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran daripada ‘stakeholders’
berkaitan dengan perjawatan dan latihan dibuat sekurang-kurangnya 3 hari
daripada tarikh surat diterima
4. Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun
5. Semua urusan berkaitan dengan perkhidmatan akan diproses dengan segera dan
mengikut keutamaan
6. Perkhidmatan yang terbaik kepada semua ‘stake holder’
IBU BAPA
1. Memastikan ibubapa/penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra
dan diselesaikan secepat mungkin.
2. Memastikan setiap pembayaran dari ibubapa/penjaga diberi resit rasmi dengan segera.
3. Memastikan permohonan pertukaran murid diselesaikan dengan segera.
4. Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak
sekolah.
5. Memastikan keselesaan di atas segala urusan yang dilakukan di pejabat.
15

