Page 31 - SEJARAH TINGKATAN 4
P. 31
ffi Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
Kesedaran nasionalisme di negara kita dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu
!\ Melaka. Kesedaran ini berkembang semasa menghadapi ancaman Siam dan British oleh tokoh
6q \ PeJuang temPatan'
rg 7
E Sejarah perjuangan bangsa menghadapi ancaman luar dapat dilihat sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Usaha pemimpin Kesultanan Melayu Melaka seperti
Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah seharusnya disanjung. Setelah
berundur dari Melaka, Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan Melaka
kembali dengan melakukan tiga kali serangan terhadap Portu_qis. namun serangan
tersebut menemui kegagalan.
Penentangan terhadap ancaman luar juga dilihat melalui perjuangan Sultan
Kedah, iaitu Sultan Abdullah Mukarram Shah yang menentang Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI). Baginda berusaha untuk mendapatkan pulau pinang
kembali yang merupakan sebahagian daripada wilayah Kedah. perjuangan
baginda merupakan perjuangan terawal menentang British di Kedah.
&u"
.."t"-
a',
Shout Out
Murid n.rernberikan idea secara lisan dengan
laungan yang kuat dalam sesi sumbang saran.
ldea tersebut dicatatkan pada ker-tas atau papan f)
putih. Akhirnya. setiap jawapan tadi disusun
semula menjadi satu idea menyeluruh secara
sistematik. Soalannya seperti yang berikut:
i. Apakah tindakan Sultan Mahmud Shah
untuk ntendapatkan Melaka kembali
daripada kuasa Portugis'/
ii. Mengapakah SLrltan AbdLrllah Mukarram
Shah berusaha untuk mendapatkan
Pulau Pinang kernbali daripada SHTI'l
iii. Namakan tokoh pemimpin setempat yang
menentang kuasa luar pada penghujung
abad ke-19 dan awal abad ke-20.
iv. Bagaimanakah kesungguhan tclkoh
nasionalis tersebut memberikan inspirasi
*
kepada perjuangan nasionalisrne .' Q
Ilustrasi menggambarkan serangan Portugis terhadap Melaka
3A
KPM

