Page 154 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 154

Biodiversiti  8

 Bab
 Bab
 8  Biodiversiti






                                               Panthera tigris jacksoni


                                               D  i Malaysia, kita patut berbangga kerana memiliki
                                               satu daripada enam subspesies harimau yang masih
 Eksplorasi                                    wujud di dunia, iaitu harimau Malaya atau nama
 Bab                                           sainti knya, Panthera tigris jacksoni yang hanya
                                               didapati di Semenanjung Malaysia.
                                                 Harimau ialah spesies yang dilindungi sepenuhnya
 Sistem Pengelasan dan Penamaan                di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
 Organisma                                     (Akta 716) dan diletakkan di bawah Senarai Merah
 Biodiversiti                                  Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk
 Mikroorganisma dan Virus                      Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).
                                                 Malangnya, populasi harimau mengalami
 Standard                                      penurunan yang ketara sejak lebih seabad lalu. Bagi
 Pembelajaran                                  mengelakkan spesies ini daripada pupus, Jabatan
                                               Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
                                               (PERHILITAN) telah memulakan kempen Selamatkan
                                               Harimau Malaya Kita. Dalam kempen ini, rondaan 24
                                               jam telah dijalankan di kawasan habitat harimau
 Tahukah                                       untuk melindunginya daripada ancaman pemburu
 Anda?                                         haram yang memasang jerat.




 Bagaimanakah organisma dinamakan
 dan dikelaskan?
 Apakah yang dimaksudkan dengan
 biodiversiti?
 Mengapakah virus berbeza dengan
 mikroorganisma yang lain?




                                                         Kata Kunci
                                                        Biodiversiti               Kekunci dikotomi
                                                        Prokariot                  Pokok  logeni
                                                        Eukariot                   Mikroorganisma
                                                        Sistem tatanama binomial   Patogen






                                                      143
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159