Page 155 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 155

8.1               Sistem Pengelasan



                             dan Penamaan


                             Organisma


                                                                               Hibiscus
                              Keperluan Sistem Pengelasan                    rosa-sinensis
                                                                             (bunga raya)
                              dan Penamaan Organisma


                                 emasa di Tingkatan Dua, anda telah
                             Smempelajari biodiversiti secara ringkas.
                             Biodiversiti ialah kepelbagaian jenis
                             hidupan seperti mikroorganisma, haiwan
                             atau tumbuhan yang berinteraksi antara
                             satu sama lain. Lihat Gambar Foto 8.1.
                             Bagaimanakah organisma-organisma
                             tersebut dikelaskan dan dinamakan?
                                 Taksonomi ialah satu bidang biologi          Paphiopedilum sp.
                             yang melibatkan pengelasan, pengecaman            (orkid selipar)
                             dan penamaan organisma mengikut satu
                             sistem yang teratur (Rajah 8.1). Taksonomi
                             bertujuan untuk menguruskan bahan,
                             maklumat dan data yang dikumpulkan
                             dengan menggunakan satu pendekatan yang
                             sistematik dan teratur untuk memudahkan
                             rujukan dalam komuniti saintifik.
                          Pengelasan
               Pengelasan organisma   mengikut taksonomi  taksonomi.        (kumbang
                          Organisma dikategorikan berdasarkan ciri yang
                          boleh diperhatikan berdasarkan sistem hierarki
                                                                             Cetonia
                                                                             aurata
                          Pengecaman
                          Organisma dikenal pasti menggunakan
                                                                             mawar)
                          kekunci dikotomi.
                          Penamaan
                          Organisma dinamakan mengikut sistem
                          tatanama binomial.
                                                                                Gambar foto 8.1
             Rajah 8.1 Pengelasan organisma mengikut taksonomi
                                                                                Lintasan Sejarah
               Mengapakah sistem pengelasan dan
           penamaan organisma penting? Kesemua                                Carolus Linnaeus (Gambar
           organisma perlulah dikelaskan secara saintifik                     foto 8.2) dikenali sebagai
           ke dalam kumpulan secara teratur berdasarkan                       Bapa Taksonomi yang
                                                                              telah mencipta satu sistem
           ciri-ciri yang serupa dalam kalangan organisma                     penamaan dan pengelasan
           bagi memudahkan kajian dan perbincangan                            organisma yang digunakan
           pada peringkat antarabangsa.                     Gambar foto 8.2   sehingga kini.

            8.1.1
                                                    144
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160