Page 159 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 159
PAK-21
PAK-21
PAK-21
8.1 think-pair-share
Tujuan
Mengumpul maklumat dan membentangkan ciri utama organisma dalam setiap alam
Prosedur
1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Kumpulkan maklumat tentang ciri utama organisma dalam sistem enam alam.
3. Salin jadual yang berikut pada kertas sebak dan lengkapkan.
Struktur Kehadiran Kehadiran Contoh
Alam Bilangan sel
dinding sel klorofil nukleus organisma
Archaebacteria
Eubacteria
Unisel dan
Protista
multisel
Fungi Dinding sel kitin Tiada klorofil Ada
Plantae
Animalia
4. Bentangkan jadual anda di dalam kelas.
Hierarki Taksonomi
Sistem hierarki yang digunakan dalam taksonomi ialah sistem hierarki Linnaeus. Sistem
hierarki Linnaeus mengelaskan organisma mengikut hierarki, bermula dari yang paling
khusus iaitu spesies hingga ke yang paling umum iaitu domain. Peringkat hierarki
mengikut urutan adalah domain, alam, filum, kelas, order, famili, genus dan spesies.
Domain merupakan peringkat taksonomi organisma yang tertinggi di dalam sistem
hierarki pengelasan biologi. Setiap alam dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil yang disebut filum. Organisma dalam filum yang sama mempunyai ciri sepunya
yang tertentu. Organisma dalam sesuatu filum adalah berbeza daripada organisma
dalam filum yang lain. Filum dibahagi lagi kepada kelas. Kelas dibahagi lagi kepada
order. Dengan cara yang serupa, order dibahagi kepada famili, famili dibahagi kepada
genus dan genus dibahagi pula kepada spesies. Spesies merupakan kumpulan yang
terkecil dalam pengelasan organisma. Organisma dalam spesies yang sama dapat saling
membiak dan menghasilkan keturunan yang subur. Urutan dalam sistem pengelasan
organisma ini disebut hierarki taksonomi (Rajah 8.3).
Felo Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Saw Leng Guan
(Gambar foto 8.10) telah menerima Pingat Royal Botanic Garden Edinburgh (RBGE) pada
tahun 2016. RBGE merupakan sebuah institusi penyelidikan antarabangsa terkemuka yang
menyampaikan pengetahuan, pendidikan dan tindakan pemuliharaan tumbuhan di seluruh
dunia. Dr. Saw Leng Guan ialah ahli taksonomi yang telah memberikan sumbangan dalam
penyelidikan biodiversiti di Malaysia selama lebih 30 tahun. Gambar foto 8.10
8.1.3 8.1.4
148

