Page 230 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 230

Kelestarian Alam Sekitar  10


             Penggunaan Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam


             Teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
             yang ditubuhkan pada 27 Mac 2004 yang mengambil kira kesan jangka panjang dan
             jangka pendek sebarang aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Dasar Teknologi Hijau
             Negara (2009) menyatakan bahawa sebarang produk, peralatan atau sistem yang
             memenuhi kriteria seperti di Rajah 10.11 dikategorikan sebagai teknologi hijau.
























                                                Selamat
                               Mempunyai        digunakan dan                      Menggalakkan
             Meminimumkan      pembebasan       menyediakan       Menjimatkan      penggunaan
             degradasi alam    gas rumah hijau   persekitaran     tenaga dan       sumber-sumber
             sekitar           yang rendah      yang sihat dan    sumber asli      yang boleh
                               atau sifar       lebih baik untuk                   diperbaharui
                                                semua hidupan


              Rajah 10.11 Kriteria sesuatu produk, peralatan atau sistem untuk dikategorikan sebagai teknologi hijau




                 Dasar Teknologi Hijau Negara
             (DTHN) yang dilancarkan pada Julai 2009          Sosial                    Tenaga
             menekankan pertumbuhan ekonomi negara
             dan pembangunan mampan.                                      Tonggak
                                                                           Dasar
                 Pembangunan mampan hendaklah                            Teknologi
             memenuhi keperluan masyarakat kini                         Hijau Negara
             tanpa mengabaikan keperluan generasi                         (DTHN)
             akan datang. DTHN adalah berasaskan                                        Alam
             empat tonggak, iaitu tenaga, alam sekitar,      Ekonomi                    sekitar
             ekonomi dan sosial (Rajah 10.12).


                                                               Rajah 10.12 Tonggak Dasar Teknologi
                                                                     Hijau Negara (DTHN)

                                                                                               10.4.1
                                                      219
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235