Page 228 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 228

Kelestarian Alam Sekitar  10


             Status Sekuriti Makanan di Malaysia


              Sekuriti makanan diterjemahkan sebagai jaminan makanan yang       Lintasan Sejarah
              merujuk kepada jaminan ketersediaan makanan, jaminan capaian
              makanan dan jaminan penggunaan makanan.                        Dasar Agromakanan Negara
                                                                             (DAN) 2012, merupakan
                                                                             usaha kerajaan bagi
             Terdapat empat komponen penting dalam sekuriti makanan,         memastikan sekuriti makanan
             iaitu (Rajah 10.10):                                            dapat dicapai dengan jayanya.





                                              Komponen Sekuriti
                                                   Makanan





                Ketersediaan             Akses               Penggunaan              Kestabilan
                  makanan               makanan                makanan               makanan



              Keupayaan untuk        Makanan mudah        Kemampuan untuk         Setiap individu
                mendapatkan           diperoleh bagi         mendapatkan         mempunyai akses
              bekalan makanan          menampung             nutrien yang       untuk mendapatkan
               yang mencukupi       keperluan diet yang   mencukupi melalui     makanan berkhasiat
             dengan kualiti yang        bernutrisi.         pemakanan, air        yang mencukupi
             baik dalam pasaran                            yang bersih serta     pada setiap masa.
              domestik mahupun                               pemprosesan
              bekalan makanan                               dan penyediaan
               yang diimport.                                  makanan.
                                       Rajah 10.10 Komponen sekuriti makanan




                 Halal merupakan elemen penting dalam                        Lintasan Sejarah
             menentukan status sekuriti makanan. Makanan halal
             mesti dihasilkan dalam persekitaran yang bersih           Sejak sebelum merdeka lagi, Dasar
             dengan kaedah yang menitikberatkan kebersihan             Sekuriti Makanan telah dilaksanakan
                                                                       di Malaysia melalui Dasar Padi
             dan ketertiban dalam proses pembuatannya. Halal           dan Beras Negara. Namun dasar
             merangkumi semua perkara bermula dari ladang              ini hanya memberikan penekanan
             sehingga ke produk akhir makanan. Panduan                 kepada penghasilan beras sahaja.
             lain yang dilaksanakan bagi menentukan sekuriti           Selepas berlaku krisis makanan
                                                                       dunia, kerajaan telah menggubal
             makanan ialah Good Manufacturing Practice (GMP)           Dasar Jaminan Bekalan Makanan
             dan Hazard Analysis and Critical Control Points           Negara pada tahun 2008. Dasar
             (HACCP). Kedua-dua panduan ini turut menekankan           ini memberikan jaminan sekuriti
                                                                       makanan yang mencukupi bagi
             proses pembuatan makanan yang berkualiti, bersih,         penduduk di Malaysia.
             sihat dan selamat seperti halal.

                                                                                               10.3.2
                                                      217
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233