Page 232 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 232

Kelestarian Alam Sekitar  10






                 Teknologi hijau mendorong masyarakat                          Tip     Kerjaya
             mempraktikkan amalan melestarikan alam
             sekitar dan cara hidup yang lebih baik.                         Penyelia alam sekitar
             Apakah amalan-amalan yang berkonsepkan                          ialah orang yang menyelia
                                                                             kualiti dan kebersihan
             teknologi hijau yang dapat anda lakukan di                      alam sekitar mengikut
             sekolah dan di rumah untuk melestarikan                         peraturan-peraturan yang
             alam sekitar (Rajah 10.13)?                                     sedia ada.



                                      Amalan berkonsepkan teknologi hijau



                                                                                   Menghasilkan
                               Mengitar                           Menghasilkan     baja foliar
                               semula sisa                        tepung
             Menghasilkan      dapur dan sisa                     daripada kulit   (cecair)
             ekoenzim          makanan untuk    Menghasilkan      pisang untuk     daripada sisa
             daripada sisa     menghasilkan     biogas daripada   dijadikan        dapur untuk
             buah-buahan       baja semula jadi   sisa pepejal    sebagai bahan    digunakan pada
             sebagai agen      atau penggalak   organik           pembuatan        daun sebagai
             pembersih                                                             penggalak
                               pertumbuhan                        bioplastik       pertumbuhan
                               tanaman                            semula jadi
                                                                                   sayur-sayuran

                                   Rajah 10.13 Amalan berkonsepkan teknologi hijau




                           10.8


             Tujuan
             Mengitar semula sisa dapur dan sisa makanan yang sudah melepasi tarikh luput untuk menghasilkan
             baja semula jadi atau penggalak pertumbuhan tanaman
             Prosedur
               1.  Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan.
               2.  Kumpul maklumat tentang sisa-sisa dapur dan makanan bagi penghasilan baja semula jadi atau
                 penggalak pertumbuhan tanaman daripada internet.
               3.  Setiap kumpulan perlu menyediakan kertas kerja yang mengandungi:
                  (a)  Abstrak
                  (b)  Pengenalan projek
                  (c)  Kos
                  (d)  Senarai bahan
                  (e)  Deskripsi projek
                  (f)  Rujukan
               4.  Setelah siap menghasilkan baja, uji keberkesanan baja tersebut pada pokok berpasu di sekitar
                 sekolah anda.
               5.  Bentang laporan projek anda di dalam kelas.

                                                                                               10.4.2
                                                      221
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237