Page 291 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 291

13.1                 Kejuruteraan Genetik





                                 Kejuruteraan Genetik dan Organisma
                                 Terubah Suai Genetik (GMO)

                                    ernahkah anda mendengar tentang teknik kejuruteraan genetik?
                                PApakah tujuan teknik ini dijalankan pada sesuatu organisma?












               Eksplorasi Bio                Kejuruteraan genetik merupakan satu teknik
            Definisi genom                   manipulasi gen untuk mengubah suai genetik sesuatu
            •  Satu set DNA lengkap bagi sesuatu   organisma bagi membentuk kombinasi gen yang baharu.
              organisma yang merangkumi
              kesemua gen organisma tersebut.  Organisma sama ada haiwan, tumbuhan atau
            •  Genom mengandungi semua       mikroorganisma yang dihasilkan melalui teknologi DNA
              maklumat yang diperlukan untuk
              membina dan menjalankan proses   rekombinan dikenali sebagai organisma terubah suai
              kehidupan organisma tersebut.  genetik atau genetically modified organism (GMO).
               Kejuruteraan genetik melibatkan pemindahan segmen DNA daripada satu
           organisma ke dalam organisma yang lain melalui teknologi DNA rekombinan. Dengan
           menggunakan teknik dan prosedur dalam teknologi DNA rekombinan, ahli biologi dapat
           membina semula DNA atau genom (satu set DNA lengkap) bagi sesuatu organisma.


             Organisma Terubah Suai Genetik (GMO)
           Organisma terubah suai genetik (GMO) ialah organisma yang mengandungi DNA
           rekombinan. Melalui teknologi DNA rekombinan, kombinasi gen yang baharu
           dihasilkan dalam sesuatu organisma. Organisma yang mengandungi DNA rekombinan
           dikenali sebagai organisma transgenik (Gambar foto 13.1).

                                     Susu yang         Kambing yang terubah suai
                                     dihasilkan oleh   genetik ini mempunyai gen
                                     lembu ini tidak   manusia yang mengkodkan
                                     mengandungi       faktor pembekuan darah. Faktor
                                     β-lactoglobulin,   pembekuan darah ini boleh
                                     iaitu sejenis     diperoleh daripada susu kambing
                                     protein yang      tersebut serta boleh ditulenkan
                                     menyebabkan       dan digunakan untuk merawat
                                     alergi kepada     pesakit hemofilia.
                                     kanak-kanak.

                            Gambar foto 13.1 Contoh organisma terubah suai genetik (GMO)
           13.1.1 13.1.2
                                                    280
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296