Page 292 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 292
Teknologi Genetik 13
Makanan Terubah Suai Genetik (GMF)
Teknologi DNA rekombinan telah berjaya menghasilkan banyak tanaman (padi,
kelapa sawit, nanas, jagung dan kacang soya) serta ternakan (ikan salmon, lembu dan
kambing) yang mempunyai ciri-ciri yang diingini (Rajah 13.1). Makanan yang terubah
suai genetik (GMF) mempunyai DNA daripada spesies tumbuhan atau haiwan yang
lain. Pengambilan GMF oleh manusia berkemungkinan dapat membawa pelbagai
implikasi yang masih belum diketahui terhadap kesihatan.
Ciri-ciri makanan terubah suai genetik (GMF)
Rintang Rintang Kegunaan Toleransi Rintang
terhadap terhadap dalam terhadap terhadap
serangan
herbisid penyakit bidang logam berat
perubatan serangga
Rajah 13.1 Ciri-ciri makanan terubah suai genetik (GMF)
Jadual 13.1 Kebaikan dan keburukan (GMF)
Kebaikan GMF Keburukan GMF
• Mengatasi masalah bekalan makanan • Spesies semula jadi akan terancam
dunia melalui penghasilan tanaman dan • Terdapat kemungkinan kecil untuk
ternakan transgenik yang berkualiti tinggi gen yang dimasukkan ke dalam GMF
• Kos penghasilan makanan menjadi dipindahkan kepada manusia contohnya
lebih rendah gen rintang antibiotik
• Meningkatkan kandungan nutrisi tanaman • Kesihatan manusia mungkin terjejas
• Mengurangkan masalah serangga dalam dan kandungan genetik manusia mungkin
penanaman tumbuhan terjejas.
• Mengurangkan penggunaan pestisid
• Hasil yang banyak menyebabkan harga
makanan lebih murah dan mudah didapati.
Gen daripada bakteria Bacillus thuringiensis
dimasukkan ke dalam gen jagung untuk
mempertingkatkan kerintangan jagung
terhadap serangan serangga.
Gambar foto 13.2 Jagung yang terhasil daripada teknologi DNA rekombinan
13.1.2
281

