Page 290 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 290

Bab
 Bab
 13  Teknologi Genetik







                                                Kejuruteraan Genetik



                                               P  engetahuan genetik yang diperoleh daripada
 Eksplorasi                                     eksperimen Mendel tentang pewarisan dan struktur
 Bab                                            molekul DNA membolehkan saintis di seluruh dunia
                                                menjalankan penyelidikan dengan giat dalam bidang
                                                genetik untuk meningkatkan taraf hidup manusia.
 Kejuruteraan Genetik                              Gen yang berguna boleh dipindahkan daripada
 Bioteknologi                                   haiwan atau tumbuhan dan disisipkan ke dalam
                                                genom mikroorganisma seperti bakteria untuk
 Standard                                       menghasilkan bahan yang berguna kepada manusia.
 Pembelajaran                                   Melalui proses manipulasi gen, genotip yang baharu
                                                dapat dihasilkan dan akhirnya fenotip yang baharu
                                                dapat diterbitkan.
                                                   Kejuruteraan genetik bukan sahaja dapat
                                                menyumbangkan banyak faedah kepada manusia,
 Tahukah                                        tetapi juga menimbulkan banyak persoalan etika dan
 Anda?                                          moral yang sukar bagi manusia untuk mendapatkan
                                                jawapannya. Jawatankuasa yang terlibat dalam
                                                makanan terubah suai genetik (GMF) perlu memantau
 Apakah yang dimaksudkan dengan                 penyalahgunaan atau penyelewengan dalam
 kejuruteraan genetik?                          kejuruteraan genetik ini, dan setiap keputusan perlu
 Apakah aplikasi yang digunakan dalam           berpandu kepada kod etika yang disediakan.
 bioteknologi bagi membantu
 menyelesaikan masalah yang dihadapi
 oleh manusia?











                                                  Kata Kunci
                                                  Kejuruteraan genetik   Bioteknologi
                                                  Organisma terubah      Terapi gen
                                                  suai genetik (GMO)     Pempro lan DNA
                                                  Makanan terubah suai   Plasmid
                                                  genetik (GMF)          Vektor pengklonan


                                                      279
   285   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295