Page 3 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2011
P. 3

Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2016

                             KATA KATA ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi
kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi
sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera”

Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus
berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu
pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke
arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN”.

Tahniah dan syabas, dengan semangat kerjasama serta pengemblengan tenaga yang padu di
samping kepakaran yang sedia ada serta program-program kecemerlangan yang
mantap,SKBANGSAR telah berjaya melonjakkan Gred Purata Sekolah.Semoga UPSR Tahun
2016 juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang InsyaAllah. Teruskan tekad, gandakan
usaha untuk Tahun 2016 dengan harapan SK BANGSAR akan terus cemerlang.

Harapan saya, SK BANGSAR mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan,

kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan

InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi

tuntutan dunia dan akhirat.

                             “Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari,
                                                            jangan ditangguh sehingga esok”

                                                                                    Pepatah Arab

(PN. NORIAH BT HJ. ISMAIL)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan bangsar,

Jalan Pantai Baru,

KUALA LUMPUR

                             2
   1   2   3   4   5   6   7   8