Page 8 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2011
P. 8

Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2016

                      OBJEKTIF SK BANGSAR

1. Melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik :
    i. Mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR.
    ii. Menguasai dan dapat berkomunikasi dalam B. Melayu dan B Inggeris.
    iii. Menguasai dan dapat mengamalkan dengan baik
    iv. Mencapai kelulusan yang terbaik dalam setiap matapelajaran
    v. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai nadi yang menggerakkan segala aktiviti
         kurikulum dan ko-kurikulum disamping menjadi gedung ilmu bagi pelajar dan guru-
         guru.

2. Melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiah:
    i. Menjadi murid yang berakhlak mulia dengan:
         a. Mengamalkan sifat terima kasih, penyayang, hormat menghormati, bersopan
             santun dan mempunyai disiplin hidup yang baik.
         b. Bersifat positif dan mempunyai sifat kepimpinan yang boleh diteladani.
         c. Mempunyai ketahanan diri dan daya saing yang tinggi dalam menghadapi
             cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
    ii. Menjadi murid yang cergas, berkebolehan, berketrampilan dan mempunyai daya
         kepimpinan:
         a. Setiap murid mengambil bahagian dan menyertai dengan aktif sekurang-
             kurangnya satu pasukan beruniform, satu persatuan/kelab dan satu jenis
             permainan/sukan pada tahap cemerlang sepanjang menuntut di SKB.
         b. Setiap murid dapat mengembangkan potensi untuk menjadi pemimpin berkualiti
             dalam pelbagai bidang tugas dan kegiatan.
         c. Menyertai pertandingan-pertandingan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

3. Menjadi sekolah yang cemerlang samaada dalam Ko akademik dan Kokurikulum:
    i. Membimbing dan melatih murid yang berbakat ke tahap cemerlang dalam program
         Ko Akademik dan kokurikulum.
    ii. Menyertai dan menjuarai setiap pertandingan samada di peringkat daerah, negeri,
         kebangsaan dan antarabangsa.

                                                     7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13