Page 7 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2011
P. 7

Buku Pengurusan & Takwim Sekolah Sesi 2016

                     MATLAMAT SK BANGSAR

1. Membekalkan ilmu pengetahuan agama dan akademik secukupnya kepada murid
    berasaskan kurikulum Pendidikan Negara untuk membolehkan mereka mencapai
    kebahagiaan hidup didunia dan akhirat dan mencapai kelulusan yang cemerlang dalam
    semua matapelajaran dari segi kuantiti dan kualiti dalam peperiksaan awam.

2. Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dalam ko kurikulum dengan
    cergas dan aktif supaya dapat mengembangkan potensi mereka dari segi minat, bakat,
    kreativiti, sahsiah dan kepimpinan berasaskan nilai-nilai Islam untuk membolehkan
    mereka memainkan peranan yang lebih berkesan dalam masyarakat sesuai dengan
    kemampuan mereka.

3. Menjadi sekolah yang cemerlang, sebagai sekolah berwatak dalam aktiviti Ko
    Akademik, aktiviti kokurikulum ke arah sekolah berprestasi tinggi.

4. Mewujudkan jalinan dan jaringan bestari dalam serta luar negara.
5. Mewujudkan iklim yang kondusif melalui persekitaran yang sihat, selamat, ceria dan

    bersih untuk merangsang kecemerlangan murid.
6. Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang di kalangan warga SKB untuk menghasilkan

    mutu kerja yang cemerlang dan maksima.
7. Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap, kemas dan mengamalkan

    perkhidmatan mesra dan penyayang dalam setiap urusan.
8. Bekerjasama dan mewujudkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan warga SKB.

                                                     6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12