Page 11 - INFO PENGURUSAN 2019
P. 11

Info Pengurusan SMK Padang Tengku          2019


                                 DOA RASMI SEKOLAH

          Bismillahirahmannirahim

          Ya ALLAH , Ya Rahman, Ya Rahim

          Bukakanlah kepada kami pintu ilmu dan hikmah-Mu
          Limpahkanlah atas kami rahmat dari perbendaharaan rahmat-Mu
          Kurniakan cahaya dalam hati kami sebagaimana cahaya yang menerang langit
          dan bumi-Mu ini.

           Sinarilah kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang kami pelajari.
          Ilhamkan kami kecerdasan minda, perlengkapkan kami dengan ilmu pengetahuan
          yang memberi manfaat.
           Ya ALLAH, bimbinglah kami supaya menjadi anak-anak yang soleh, yang taat
          kepada ALLAH dan Rasulnya juga terhadap kedua ibu bapa kami, guru-guru kami,
          pemimpin kami  dan  sesiapa sahaja  yang  menyeru  dan mengajak kami  ke arah
          kebaikan. Mudah-mudahan kami tergolong dalam   golongan hamba yang
          mendapat keredhaan dan  keberkatan  hidup dunia  dan  akhirat.
           Ya ALLAH, janganlah kiranya Engkau tutupkan hati-hati kami sesudah Engkau
          berikan petunjuk. Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui atas tiap-tiap
          sesuatu yang berlaku.

          Amin.















                                          11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16