Page 9 - INFO PENGURUSAN 2019
P. 9

Info Pengurusan SMK Padang Tengku          2019


                                 PIAGAM PELANGGAN

                     SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU

               Dalam usaha menjadikan SMKPT terbaik dan dinamik, kami dengan penuh
          tekad dan iltizam berikrar  menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti
          berikut:

               Kepada Pelajar
               Memastikan pelajar  mendapat pendidikan berkualiti dan  menyediakan
          iklim sekolah yang baik dan sesuai untuk pembelajaran.

               Memberikan peluang kepada semua pelajar mengembangkan bakat dan
          potensi dalam aktiviti kokurikulum.

               Kepada Staf
               Memastikan semua guru mendapat kemudahan terbaik bagi mereka
          menghasilkan pengajaran yang berkualiti.

               Menyediakan kemudahan secukupnya  kepada kakitangan bagi
          menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

               Kepada Ibu Bapa
               Memastikan semua ibu bapa mendapat perkhidmatan berkualiti dan
          mesra apabila berurusan dengan pihak sekolah.  Ibu bapa akan mendapat
          maklumat yang terkini daripada pihak sekolah.

               Kepada Masyarakat
               Memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti-
          aktiviti sekolah dan bersama-sama memajukan sekolah.

               Kepada Negara
               Melahirkan warga negara  yang cergas, berilmu, bertakwa, berakhlak,
          kreatif, inovatif, berketrampilan serta berupaya memberi sumbangan untuk
          kemakmuran negara.









                                          9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14