Page 43 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 43

ARAHAN TUGASAN

          EKSPERIMEN 11.3.1 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENENTUKAN NILAI PECUTAN GRAVITI BUMI, g



               Kaji situasi di bawah :

                 Sebiji bola dan sehelai daun kering sampai secara serentak ke tapak sebuah tiub dalam keadaan
                 vakum.

                 Bola dan daun kering tersebut tidak sampai secara serentak ke tapak tiub itu sekiranya tiub tersebut
                 berisi udara.

               Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji situasi
               tersebut.Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA

               Laporan amali anda hendaklah mengandungi :
                   a)  Pernyataan masalah (K1P1)
                   b)  Tujuan (K1P2)
                   c)  Hipotesis (K1P3)
                   d)  Pemboleh ubah (K1P4)
                   e)  Radas dan bahan (K1P5)
                   f)  Prosedur (K1P6, K1P7))
                   g)  Pemerhatian (K3P1), (K3P2)
                   h)  Mentafsir data (K4P1(a,b,c,d)), (K4P2(a,b,c))
                   i)  Membuat kesimpulan (K4P3)
                   j)  Graf menghubungkan pembolehubah dimanipulasikan dan bergerak balas (K4P1)
                   k)  Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut (K4P2a)
                   l)  Hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas (K4P2b)
                   m)  Definisi secara operasi bagi inersia (K4P2c)
                   n)  Kesimpulan daripada eksperimen (K4P3)


                   Jawab soalan berikut :
                   (a)  Berdasarkan dapatan eksperimen, apakah yang dimaksudkan dengan objek jatuh bebas dan
                       objek bukan jatuh bebas?Jelaskan jawapan anda. (K5P1)
                   (b)  Cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu. (K5P2)
                   (c)  Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Jelaskan jawapan anda.
                       (K5P3),(K5P4)

                   Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan
                   nilai murni akan dinilai.










                                                             36
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48