Page 44 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 44

ARAHAN TUGASAN
         EKSPERIMEN 11.4.3 EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA JISIM DAN INERSIA



                 Ali dan Aminah pergi ke pasaraya untuk membeli barang. Masing-masing mengambil satu troli
                 untuk mengisi barang mereka. Semasa sedang membeli belah, Aminah terlanggar troli pelanggan
                 lain sedangkan Ali sempat untuk berhentikan trolinya. Aminah mendapati troli Ali lebih mudah
                 untuk berhenti kerana troli Ali masih kosong manakala trolinya sudah penuh berisi barang.


               Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji  hubungan di
               antara jisim dan inersia.

               Anda diminta menulis satu laporan bagi eksperimen tersebut.


                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
               Laporan amali anda hendaklah mengandungi :

               (a) Pernyataan masalah  (K1P1)
               (b) Tujuan eksperimen  (K1P2)

               (c) Hipotesis (K1P3)
               (d) Pemboleh ubah (K1P4)
               (e) Radas dan bahan  (K1P5)

               (f) Prosedur (K1P6 &K1P7)
               (g) Pemerhatian (K3P1 & K3P2)

               (h) Mentafsir data (K4P1 & K4P2)
               (i) Membuat kesimpulan (K4P3)


               Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

                   1.  Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut. (K4P2)

                   2.  Berdasarkan  dapatan  eksperimen,  tuliskan  satu  hubungan  antara  pemboleh ubah

                       dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas. (K4P2)

                   3.  Nyatakan definisi secara operasi bagi inersia. (K4P2)
                   4.  Berikan dua situasi dalam kehidupan seharian yang melibatkan inersia. Terangkan kedua-dua

                       situasi itu. (K5P1)

                   5.  Kapal terbang mempunyai jisim yang besar. Terangkan bagaimana kapal terbang mengatasi
                       kesan negatif inersia semasa mendarat. (K5P1)

                   6.  Cadangkan satu penambah baikkan untuk mendapatkan bacaan data yang lebih jitu. (K5P2)

                   7.  Berdasarkan data, plotkan graf tempoh, T melawan jisim plastisin. (K4P1)








                                                             37
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49