Page 45 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 45
ARAHAN TUGASAN
EKSPERIMEN11.4.3 MENJALANKAN EKSPERIMEN UNTUK MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA JISIM DAN INERSIA
Kaji situasi di bawah:
Kenderaan P Kenderaan Q
Kenderaan P lebih mudah untuk digerakkan berbanding dengan kenderaan Q
PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
a) Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji situasi
tersebut. Tuliskan satu laporan eksperimen yang lengkap.
b) Laporan tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas
(K4P1)
ii. Inferens berdasarkan dapatan eksperimen tersebut (K4P2)
iii. Hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan bergerak balas(K4P2)
iv. Definisi secara operasi bagi inersia(K4P2)
v. Kesimpulan daripada eksperimen (K4P3)
c) Jawab soalan berikut:
i. Selepas pemandu mengisi petroleum di stesen minyak, lori tersebut menjadi kosong.
Adakah dia perlu menekan brek dalam tempoh masa yang sama sebagaimana ketika lori
tersebut membawa pasir? Jelaskan jawapan anda. (K5P1)
ii. Cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.(K5P2)
iii. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? (K5P3)
Jelaskan jawapan anda. (K5P4)
Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai
murni akan dinilai(K6)
38

