Page 147 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 147

FUNGSI

       Promosi Produk Pelanconan
       Bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan yang terdapat di Daerah Rompin
       untuk dikomersialkan di serata pelusuk tempatan dan antarabangsa bagi menarik lebih
       ramai pelancong datang menikmati keunikan produk pelancongan yang terdapat disini.

       Laporan Inventori Produk Pelancongan
       Unit ini juga berperanan menyediakan laporan inventori produk pelancongan bagi
       memastikan produk sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


       Menyediakan Kertas Cadangan Program Pelancongan
       Merancang dan menyediakan kertas cadangan bagi program pelancongan di Daerah
       Rompin yang boleh mengundang kedatangan pelancong dari luar.


       Menyediakan Kertas Cadangan Peruntukan Bagi Projek-Projek Pembangunan
       Pelancongan
       Menyediakan kertas cadangan peruntukan bagi projek-projek pembangunan pelancongan
       untuk dikomersialkan dan berperanan dalam menarik minat kedatangan pelancong dari
       luar.


       OBJEKTIF

       Meningkatkan dan mempelbagaikan produk pelancongan berasaskan kekuatan serta
       keunikan sumber tempatan.


       Berperanan untuk meningkatkan imej dan identiti Daerah Rompin sebagai Daerah
       Pelancongan.

       Mengeksplotasikan pelbagai produk pelancongan yang sedia ada dan baharu.

       Memelihara dan memulihara sumber semulajadi sebagai aset penting pelancongan.


       DEFINISI


       Produk Pelancongan
       Bermaksud hasil-hasil produk tempatan yang boleh menarik pelancong dari semua
       pelusuk tempat untuk datang ke Daerah Rompin bagi menikmati dan keunikan produk.

       Lokasi Produk Pelancongan
       Terdapat banyak lokasi menarik boleh dilawati di Daerah Rompin dengan keindahan alam
       semulajadi yang indah dan menarik seperti keunikan flora dan fauna.


       Program Pelancongan
       Merancang dan melaksanakan program-program pelancongan untuk mengkomersialkan
       Daerah Rompin ke peringkat tempatan dan antarabangsa.




                                                     145
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152