Page 148 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 148
DATA TAHUN 2021
10 Mac 2021
Mengadakan perbincangan mengenai program mempromosikan produk pelancongan Daerah
Rompin melalui influencer Social media, pengamal media, penerbit filem/drama dan agensi
pelancongan berkaitan bersama Travel Agent.
27 dan 28 September 2021
Program penerbitan dan rakaman program pelancongan untuk siaran TV OKEY RTM.
17, 18 dan 19 Oktober 2021
Lawatan Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Wilayah Timur ke lokasi pelancongan
Daerah Rompin.
09 Disember 2021
Perbincangan bersama Persatuan Memancing Dan Bot Kuala Rompin untuk mengadakan
pertandingan “Rompin Jigiing Festival 2022” pada 13 Mac 2022 bertempat di Jeti Pantai
Bernas, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Rumah Rakit
Daerah Rompin juga terkenal dengan rumah rakit yang membolehkan pelancong menikmati
keindahan dan memancing serta beriadah. Di Sungai Pontian terdapat 03 orang pengusaha
dengan 19 buah rumah rakit dan 18 buah chalet. Manakala di Sungai Rompin pula terdapat
11 pengusaha dengan 31 rumah rakit dan dan 13 buah chalet.
Tempat-Tempat
Daerah Rompin cukup terkenal dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh
pelancong dari dalam dan luar negara. Antaranya adalah keindahan pulau seperti Pulau
Tioman yang dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang. Manakala Pulau
Seri Buat yang mendapat jolokan “Krabi Malaysia’ kerana keindahan dan air laut jernih serta
pemandangan yang mempesonakan seperti pulau pelancongan popular di Thailand. Terdapat
juga beberapa buah pulau kecil di perairan Daerah Rompin iaitu Pulau Rawa, Pulau
Sembilang dan Pulau Layak.
Keindahan pantai yang landai serta pemandangan yang indah seperti Pantai Hiburan Kuala
Rompin, Pantai Rantau Panjang dan Pantai Lanjut yang juga dikenali sebagai Mirror Of The
Beach.
Bagi kaki pancing juga terdapat lokasi yang sesuai untuk memancing laut, sungai dan kolam.
Pemancing tegar sudah sedia maklum tentang lokasi memancing di Daerah Rompin seperti
memancing udang galah di Sungai Rompin.
Daerah Rompin juga terkenal dengan Ikan Layaran atau nama saintifiknya Istiophorus dan
ikan ini akan berada diperairan Rompin antara bulan Ogos, September dan Oktober setiap
tahun. Keunikan Ikan Layaran boleh didapati di Daerah Rompin yang merupakan lokasi
terbaik memancing Ikan Layaran. Walau bagaimanapun konsep memancing Ikan Layaran
adalah ‘Tangkap Dan Lepas’. Dengan adanya acara tahunan iaitu Royal Pahang Billfish
Challenge, Daerah Rompin terkenal menjadi tarikan pemancing sukan dalam dan luar Negara.
Keindahan flora dan fauna juga terdapat di Daerah Rompin iaitu Taman Negeri Rompin
dengan alam semulajadi yang unik. Bagi pencinta alam lokasi ini amat sesuai untuk dikunjungi
dengan keunikan Air Terjun Sri Mahkota, Jam batan Gantung, Menara Tinjau dan hutan
14 6
simpan pelbagai jenis pokok.

