Page 149 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 149
Daerah Rompin juga terkenal dengan keunikan Air Terjun Harimau
Berjemur di Hutan Simpan Lesong, Air Terjun Sri Mahkota dan Air
Terjun Leleh di Bukit Ibam.
Daerah Rompin juga terkenal dengan Keindahan dan keunikan Tasik
Biru, Bukit Ibam. Kebiruan airnya lebih menyerlah dengan pancaran
sinaran mentari menjadikan airnya berkilauan dan cantik.
Terminal feri Telok Gading juga merupakan jeti untuk pelancong pergi
ke Pulau Tioman. Jeti ini terkenal dikalangan pelancong kerana
perjalanan feri sentiasa ada tanpa mengira pasang surut air.
Bagi pelancong yang suka mencari tempat-tempat makan yang
menarik dan enak, Daerah Rompin terkenal dengan masakan Udang
Galah. Pelancong juga boleh mendapatkan udang galah mentah
untuk dibawa pulang.
Bagi peminat sukan Woodball pula, Daerah Rompin mempunyai
laman Woodball yang bertaraf antarbangsa dan terletak di Pantai
Hiburan Rompin, Kolej Komuniti Rompin dan Muadzam Shah.
Pemandangan kehijauan sawah padi juga boleh didapati di Daerah
Rompin yang menjadi salah satu punca pendapatan penduduk
tempatan.
Daerah Rompin sememangnya kaya dengan hasil produk
pelancongan yang menarik. Banyak aktiviti pelancongan yang boleh
didapati di sini sambil menikmati makanan yang enak serta
keindahan alam semulajadi yang cantik.
147

