Page 5 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 5

Kata Pengantar



















               Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

               Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya,
               dapatlah penerbitan ini dibukukan atas usaha pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
               Politeknik Kota Kinabalu.

               Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada pensyarah yang telah bertungkus
               lumus menyumbang ilmu dan kemahiran sehingga  berjaya menerbitkan buku rujukan
               berjudul  “AutoCAD Dalam  Kejuruteraan Elektrik & Elektronik”. Usaha ini diharap dapat
               dijadikan wadah inspirasi kepada para pensyarah khususnya untuk berkongsi ilmu melalui
               bidang penulisan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada para pelajar dan para pembaca.

               Diharapkan buku ini dapat dijadikan sumber rujukan utama kepada para pelajar khususnya
               pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan kepada para pembaca yang
               telah terlibat dalam kerjaya yang berkaitan seperti juruteknik dan pelukis pelan. Pengisian
               yang menekankan penggunaan AutoCAD dalam Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik dengan
               dilengkapi latihan yang  berteraskan pengalaman sebenar penggunaannya dalam industri
               dapat memberikan manfaat berguna kepada para pelajar dan pembaca amnya.

               Akhir kata, adalah diharapkan melalui penerbitan buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya ke
               arah melahirkan  pelajar yang berilmu dan berkemahiran  tinggi selaras dengan
               memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia.


               WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH
               Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
               POLITEKNIK KOTA KINABALU
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10