Page 7 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 7

Prakata



               Tujuan  utama buku ini ditulis ialah  untuk menyampaikan kaedah penggunaan  perisian
               AutoCAD dalam bahasa Malaysia secara yang lebih mudah difahami. Buku ini dirancang dan
               disediakan sebagai sebuah buku rujukan AutoCAD untuk pelajar peringkat jurusan diploma,
               pelajar politeknik, kolej komuniti,  pelajar aliran teknikal dan vokasional, pelajar  sekolah
               menengah yang terlibat mempelajari matapelajaran melibatkan rekabentuk terbantu
               komputer atau Computer Aided Design (CAD), juruteknik, pelukis pelan dan sesiapa sahaja
               yang ingin mengembangkan pemahaman konsep  teknik  melukis menggunakan perisian
               AutoCAD.  Pengalaman menghasilkan  lukisan  teknikal yang profesional  bukanlah satu
               keperluan  untuk  membolehkan pembaca mengikuti ini dengan baik. Banyak contoh dan
               tunjukcara  secara  langkah demi langkah serta latihan telah  disediakan untuk manfaat
               pembaca.

               Dalam menulis  buku ini, penulis  telah menggunakan pengalaman yang diperolehi ketika
               melalui kursus kemahiran bagi lepasan pelajar universiti dibawah program Industrial Skills
               Enhancement Programme  (INSEP)  di Selangor Human Resource  Development Centre
               (SHRDC), Shah Alam Selangor dan mengikuti program sijil profesional AutoCAD di Autodesk
               Training Centre Universiti Teknologi Malaysia Semarak, Kuala Lumpur. Semasa menulis buku
               ini penulis sentiasa cuba mempersembahkan konsep-konsep asas  dalam penggunaan
               AutoCAD supaya pembaca senang memahami dan sesuai bagi mereka yang baru mempelajari
               penggunaan perisian ini. Walaupun begitu pembaca sendiri mestilah perlu lebih berusaha,
               rajin dan sanggup membaca buku ini dengan sabar serta cuba belajar sesuatu daripadanya.

               Cara buku ini dipersembahkan adalah  berdasarkan kepada pandangan  penulis mengenai
               pendekatan pembelajaran pembelajaran kursus Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD) yang
               mudah diikuti. Konsep atau teknik yang rumit dilewatkan sehingga pada bab terakhir untuk
               mengurangkan kekeliruan pembaca untuk memahaminya. Buku ini dibahagikan kepada dua
               belas  bab. Bab yang  pertama adalah  pengenalan kepada  perisian AutoCAD  dan sistem
               computer yang diperlukan untuk tujuan pemasangannya. Di samping itu beberapa kaedah
               bagi mengakses arahan dalam AutoCAD juga dibincangkan dalam bab pertama. Bab kedua
               pula memperkenalkan alatan bantuan dalam kerja-kerja semasa melukis bagi memudahkan
               pengguna. Seterusnya bab ketiga hingga bab ke sebelas membincangkan teknik-teknik yang
               disediakan dalam AutoCAD bagi menghasilkan lukisan teknikal yang tepat dan profesional.
               Bab terakhir membincangan tentang  bagaimana kaedah  mencetak lukisan yang telah
               dihasilkan menggunakan AutoCAD, bagaimana memanipulasi pengaturan-pengaturan yang
               ada pada kotak dialog kawalan cetakan.


               Untuk menolong  pembaca memahami kandungan buku ini,  penulis  telah menyediakan
               beberapa contoh berilustrasi yang tersusun rapi langkah demi langkah dan mudah difahami
               selepas setiap  teknik  atau  kaedah baru diperkenalkan. Di  samping itu  setiap bab disusuli
               dengan latihan-latihan  untuk menguji kefahaman pembaca tentang konsep, kaedah dan
               teknik melukis dalam bab berkenaan. Penulis berpendapat, bahawa pembelajaran kemahiran
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12