Page 6 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 6

Penulis














                       Mohd Zulkifli Bin Ab Rahman adalah salah seorang pensyarah yang bertugas di Jabatan
               Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu dari 2012 hingga kini. Berpengalaman dalam
               mengajar bidang Rekabentuk Terbantu Komputer di jabatan berkenaan bagi kursus-kursus
               berkaitan simulasi litar  elektrik dan elektronik,  penghasilan  papan litar bercetak (Printed
               Circuit Board), Rekabentuk Aplikasi Sistem  Terbenam (Embedded System Applications).
               Sebelum ini beliau telah berkhidmat selama lapan tahun dan berkecimpung dalam kemahiran
               yang sama di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
               Pahang. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti
               Putra Malaysia dan Diploma Pengajian Teknik & Vokasional dari Institut Pendidikan Perguruan
               Perlis. Mendapat pengalaman dalam  penggunakan  perisian  AutoCAD daripada  Selangor
               Human Resources  Development Centre (SHRDC) dan ketika mengikut program sijil
               profesional AutoCAD di Autodesk Trainning Centre, ATC Universiti Teknologi Malaysia, Kuala
               Lumpur. Beliau telah mengikuti program latihan Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) di Sabah
               Elektrik pada tahun 2013 dan merupakan ahli dalam profesional BEM (Board of Engieer) dan
               Malaysian Engineering Soceity (MySET) sehingga sekarang.











                       Nur Zuriani  Binti Izazu  adalah salah seorang pensyarah yang bertugas di Jabatan
               Kejuruteraan Elektrik, Politeknik  Kota  Kinabalu  bermula  dari  tahun  2012  sehingga kini,
               mempunyai pengalaman  mengajar  dalam bidang Elektronik Digital dan  Peranti Separuh
               Pengalir selama lima  tahun. Sebelum ditempatkan di Politeknik Kota  Kinabalu, tempat
               bertugas pertama beliau ialah di Jabatan Kejuruteraan Elektik, Politeknik Sultan Haji Ahmad
               Shah, Kuantan Pahang sejak tahun 2007 sehingga 2011. Latar belakang pendidikan beliau
               adalah memiliki  Ijazah  Sarjana Kejuruteraan Elektrik dalam bidang Elektrik Kuasa dari
               Universiti Teknologi Tun Hussein Onn pada tahun 2014 dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
               Elektrik dalam bidang Elektronik Perubatan dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
               pada tahun 2006.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11