Page 213 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 213
TEKS
Menambah Teks Pada Lukisan
Tugas yang agak memakan sedikit masa adalah menambahkan teks pada lukisan yang
telah siap dilukis. Namun begitu, AutoCAD 2015 memastikan tugas ini dapat dilakukan dengan cepat
seperti menaip teks, memasukkan teks daripada sumber lain, dan menyalin teks yang berulang
dalam lukisan. Ini membuatkan hasil kerja yang kelihatan lebih profesional menggunakan pelbagai
jenis teks, saiz dan gaya menulisan.
Dalam topik ini pengguna akan didedahkan dengan kaedah mewujudkan teks pada
lukisan yang dibuat. Dalam proses ini pengguna akan diperkenalkan dengan beberapa fungsi
penjanaan teks dan penyuntingan ciri-ciri teks. Pengguna akan belajar bagaimana mengawal saiz,
condong (slant), gaya teks, dan orientasi teks dan bagaimana mengimport fail teks.
Menyediakan lukisan untuk teks
Bahagian pertama ini dibincangan bagimana menambahkan teks pada lukisan. Terlebih
dahulu satu lukisan seperti yang ditunjuk dalam gambarajah diperlukan bagi menunjuk bagaimana
proses ini dilakukan:
201

