Page 135 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 135
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Kewangan
8.4 MAJALAH SEKOLAH
1. PENDAHULUAN
1.1 Majalah Sekolah
Majalah sekolah adalah merupakan penerbitan dalam apa-apa bahasa yang
mengandungi berita, risikan, laporan kejadian, ulasan, pemerhatian dan komen
yang disumbangkan oleh murid-murid dan guru-guru. Tempoh penerbitan
majalah sama ada secara berkala atau tidak. Majalah sekolah ini tidak
termasuk pengumuman atau notis tentang aktiviti rutin sekolah.
2. PELAKSANAAN PROJEK MAJALAH
2.1 Projek ini merupakan salah satu aktiviti sekolah
2.2 Pihak sekolah hendaklah mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa
mengenai kutipan untuk melaksanakan penerbitan majalah sekolah.
Permohonan penerbitan majalah sekolah hendaklah menyatakan bentuk
penerbitan majalah sama ada berbentuk buku, cakera padat atau lain-lain
bentuk yang bersesuaian.
2.3 Kutipan yuran majalah daripada murid, kutipan bayaran pengiklanan dan
sumbangan lain bagi penerbitan majalah hendaklah diakaunkan dalam Buku
Tunai Kumpulan Wang SUWA di bawah lajur Pelbagai dengan
menyelenggarakan Akaun Subsidiari butiran Majalah.
2.4 Pembiayaan penerbitan majalah hendaklah menggunakan wang yang dikutip
khas untuk tujuan majalah sahaja.
2.5 Penerbitan serta pengedaran majalah hendaklah dibuat dalam tahun yuran
majalah dikutip dalam bentuk yang telah diluluskan.
2.6 Perubahan bentuk penerbitan majalah sekolah hendaklah mendapat kebenaran
daripada Pengurus Sekolah dan dimaklumkan kepada Pendaftar.
2.7 Kos penerbitan hendaklah dijelaskan dalam tahun bayaran majalah dikenakan
ke atas murid.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 122

