Page 100 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 100
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan / Agensi luar untuk mendapat khidmat nasihat.
- Menjalankan soal selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah
(sampling).
- Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah murid.
- Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah (risiko tinggi)
- Mengadakan program khas pencegahan dadah /AIDS.
- Mengadakan Program Khas selepas peperiksaan
4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN DATA
Pengerusi : Pn. Norzalina binti Abd Kadir (Pengetua )
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Meriam binti Awang Sulaiman (PK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Hjh Nooruslaini binti Mohd Nor (PK Pentadbiran)
Dr Mahaletchimi Balakrishnan (PK Kokurikulum)
Setiausaha APDM / BJKM : Pn. Mazlina binti Ismail (pagi)
Pn. Sharon Selvarani a/p Selladurai (petang)
Buku Pendaftaran Murid : Pn. Nora binti Ahmad (pagi)
(Buku Besar) Pn. Rodita binti Muhamad (petang)
Pn. Nirmala A/P Palaniandy (Pend. Khas)
Statistik Tempat Tinggal & : Pn. Santhi a/p Subermarniam (pagi)
Kenderaan Murid Pn. Siti Hanim binti Zainal Abidin (petang)
AJK : Penyelaras Tingkatan
Semua Guru Tingkatan
Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan
BIDANG TUGAS
- Memasukkan dan mengemaskini data murid berdasarkan maklumat murid.
- Merekodkan murid yang masuk dan keluar dari sekolah.
- Memastikan maklumat APDM kedatangan murid lengkap dan diisi dengan betul.
- Memastikan buku pendaftaran murid lengkap dengan maklumat murid.
- Memastikan semua rekod murid sahih dan lengkap.
1. Guru Tingkatan
a. Mengurus dan membentuk organisasi kelas
- Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan - memastikan AJK Kebersihan
mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap,
menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa
mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan
- langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
Mengamalkan 5S – Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 90

