Page 25 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 25
1. Berita Astro Awani, 19 September 2019: Berdasarkan cerapan indeks pencemaran
udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia
14. ALAM SEKITAR mencatat bacaan IPU 266. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula akan melaksanakan
dasar Bekerja Dari Rumah dalam tempoh cuaca berjerebu yang semakin teruk dengan
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200.
2. Dr. Iskandar Tan Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, UiTM Kelantan: Mengikut statistik, pencemaran yang paling teruk adalah udara
yang disumbangkan oleh penggunaan kenderaan menghasilkan karbon dioksida iaitu
70.4 peratus diikuti loji kuasa yang menggunakan diesel dan arang iaitu 24.5 peratus
diikuti sisa kumbahan industri sebanyak 2.9 peratus. Keseluruhannya pencemaran yang
terhasil adalah 3.2 juta tan atau meningkatkan suhu di Malaysia antara 1 - 1.5 darjah
Celsius setahun.
3. Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2013 di 52 lokasi seluruh Malaysia, Johor adalah
antara negeri paling teruk dicemari disebabkan berlaku jerebu dengan pengukuran API
663 berbanding negeri-negeri lain. Jerebu yang sering kali berlaku di negara ini perlu
dikaji semula.
4. INSIDEN pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara
iaitu lebih 1,000 dirawat selepas terhidu sisa kimia yang dibuang di sungai berkenaan
oleh pengusaha industri tidak bertanggungjawab
5. Statistik oleh Our World in Data (OWD) pada 2010 menyebut bahawa pengeluaran
plastik di peringkat global mencecah 270 juta tan (pada 2010), manakala hasil buangan
bahan ini adalah lima juta lebih tinggi iaitu 275 juta tan.
6. Kajian oleh Universiti Plymouth juga mendapati, sisa buangan plastik ini mengancam
sekurang-kurangnya 700 spesies hidupan marin.
7. Pensyarah Kanan Pengurusan Sumber Akuatik, Kualiti Air dan Pengurusan Tasik,
Fakulti Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak, Kerajaan
perlu melihat secara menyeluruh bagi memastikan insiden ini dapat dielak. Bermula
daripada aspek perancangan pembangunan bandar dan desa dengan lokasi
penempatan industri, sehinggalah kepada menilai semula dasar mesra pelabur yang
diamalkan selama ini.
1. Mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan
Chik berkata berdasarkan statistik, sektor pelancongan menyediakan 3.4 juta peluang
15. PELANCONGAN pekerjaan tahun lalu bersamaan 23.4 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini.
2. Beliau juga memaklumkan bahawa untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2019,
kedatangan pelancong asing ke Malaysia ialah 13.35 juta orang iaitu peningkatan
sebanyak 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun 2018.
3. Mantan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Mohamaddin
Ketapi, sektor pelancongan menyumbang RM84.1 bilion kepada pertumbuhan ekonomi
negara menerusi ketibaan kira-kira 25.8 juta pelancong antarabangsa ke negara ini
tahun lalu (2018).
FAKTA-FAKTA INI MERUPAKAN BAHAN
SOKONGAN UNTUK MEMBANTU PENULISAN
KARANGAN KALIAN LEBIH MENARIK DAN
MATANG. TETAPI INGAT, KUASAI DAHULU
TEKNIK PENULISAN YANG MANTAP DAN
DISULAMI DENGAN FAKTA YANG TEPAT.
‘A+’ BMSPM MZMS 2021!
25 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

