Page 21 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 21
FAKTA ISU SEMASA KARANGAN BAHASA MELAYU
BIL TEMA/ISU FAKTA/PETIKAN AKHBAR/PETIKAN KATA TOKOH
1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – Nilai yang baik
bukanlah penghalang kepada usaha mengejar kemodenan.
1. NILAI MURNI/ 2. Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin – Pembentukan akhlak, budi dan nilai-
BUDI BAHASA/ nilai murni wajib dimulakan di rumah kemudian diperkukuhkan melalui sistem
SIKAP POSITIF/ pendidikan dan seterusnya dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat.
AMALAN 3. Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Rais Yatim – Kementerian Pendidikan digesa untuk
MULIA/ mengkaji dan mengubah silibus pendidikan dengan menerapkan asuhan budi bahasa
SAHSIAH dan elemen kenegaraan bagi mengubah adab komunikasi masyarakat masa ini.
4. Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Shahrizal Nasir – Tidak ada
gunanya banyak pelajar mendapat ‘A’ tetapi mereka gagal bersikap amanah dalam
perbuatan. (Artikel : Bijak ‘soalan bocor’, Harian Metro, 7 Oktober 2019).
1. Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Wan Zulkifli Wan
Setapa – 10 pekerjaan bakal pupus. Pekerjaan yang bakal mengambil alih pasaran ialah
2. KERJAYA/ jenis kerja berasaskan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI), digital, robotik dan teknologi
PENGUASAAN baharu – Perlu kuasai pelbagai ilmu demi memenuhi tuntutan pasaran kerja masa depan.
ILMU 2. Jabatan Perangkaan Malaysia – Melaporkan pada suku pertama 2019, negara
PENGETAHUAN/ merekodkan seramai 516,600 penganggur.
AMALAN 3. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin
MEMBACA Bardan, mengakui gulungan ijazah kini bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri
dalam dunia pekerjaan, sebaliknya pelbagai faktor lain khususnya aspek fleksibiliti serta
keupayaan komunikasi yang baik turut diberi perhatian penting. (Berita Harian, 7 Julai
2019)
4. Ganjaran bagi penuntut ilmu yang ikhlas bukan sembarangan kerana akan mendapat
ganjaran syurga – Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud: “Sesiapa yang menempuh jalan
untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga”.
(Hadis riwayat Abu Dawud).
5. Rumusan daripada pakar pengurusan, Peter F Drueker dalam buku Post-Capitalist
Society – kumpulan sosial paling utama dan terpenting pada zaman akan datang ialah
pekerja serta eksekutif berilmu pengetahuan dan tahu menggunakan ilmu untuk kerja
produktif.
6. Berita Astro Awani, 19 Oktober 2019 – Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Bin Mohamad menggesa generasi muda supaya mempelajari dan mendalami
ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan dengan sebaik mungkin ketika mengharungi
ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang.
7. Yang Berhormat Dr Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan Malaysia –
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari
tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan.
8. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Nafiah Ahmad – beliau masih
belum berpuas hati dengan tahap pembacaan dalam kalangan rakyat di negara ini.
1. Firman Allah SWT, “dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
3. BALAS JASA IBU kedua-dua ibu bapa.” (Surah al-Nisa, ayat 36).
BAPA 2. Berita Harian, 30 Disember 2018 – Kuala Terengganu: seorang anak tergamak mengugut
mahu membunuh ibunya gara-gara bengang wanita terbabit lewat menyediakan
makanan dalam kejadian di Teluk Ketapang, Kuala Nerus.
3. Pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar – tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak boleh
dipandang ringan kerana hal ini membabitkan dua individu paling berharga dalam
kehidupan kita.
21 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

