Page 22 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 22
1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan warga emas adalah individu
yang berusia 60 tahun ke atas.
4. WARGA EMAS/ 2. Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta
ORANG TUA orang menjelang 2030.
3. Langkah kerajaan – Belanjawan 2020, kerajaan akan memperuntukkan RM4.6 juta
kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk menampung perbelanjaan 129 pusat
di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 37,000 warga emas.
1. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Tyhe – semua pihak perlu berganding bahu memastikan gejala sosial tidak terus menular
5. MASALAH dan menjadi ikutan pelajar. Ibu bapa diminta untuk memainkan peranan lebih berkesan
SOSIAL dalam mendidik anak terutama mempertingkatkan pengawasan terhadap anak bawah
usia 18 tahun.
2. Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) – 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014
sehingga Disember 2018.
3. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifli Ismail – longgarnya
ikatan kekeluargaan dan pegangan agama menjadi punca berlakunya kes pembuangan
bayi.
4. Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail – mengakui
bahawa pada masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai jumlah
kakitangan yang cukup menjadi punca ketidakcekapan pengurusan dalam mengatasi
masalah sosial di negara ini.
5. Mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – seramai 85,575 orang belia
berumur antara 19 dan 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah sejak tahun 2014
sehingga 2018 dikesan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
6. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, "Laporan terbaru Kajian
Kesihatan Remaja 2017 mendapati sebanyak 10 peratus mempunyai pemikiran serta
merancang untuk bunuh diri manakala 9.3 peratus melaporkan bahawa mereka berasa
kesunyian pada kebanyakan masa,"
1. World Health Organization (WHO) telah mengatakan, kesihatan yang baik turut
merangkumi kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata.
6. KESIHATAN 2. Mantan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad –
mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk
menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam bagi mencegah penyakit tidak
berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.
3. Statistik melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015
menunjukkan bahawa Malaysia menjadi sebuah negara obes iaitu seorang dalam dua
orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
4. Langkah kerajaan – aplikasi MyNutriDiari 2 – aplikasi Kementerian Kesihatan yang
menyediakan maklumat pemakanan dan aktiviti fizikal serta fungsi berguna seperti diari
pengambilan makanan harian dan kalkulator Indeks jisim tubuh (BMI).
5. Berat badan sihat adalah BMI di antara 18.5 hingga 24.9.
6. Kementerian Kesihatanan Malaysia: Amalkan Model Pinggan Sihat Malaysia atau
konsep ‘Suku-Suku-Separuh’ sebagai panduan dalam membuat pilihan makanan
seharian.
7. TANGGAL 10 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental
Sedunia, disambut mulai tahun 1992 dan diperkenalkan oleh World Federation of
Mental Health (WFMH) dengan tema yang berbeza saban tahun.
8. Berita Awani, 10 Oktober 2019 - Menurut WHO, lebih daripada 800,000 individu
membunuh diri setiap tahun atau kira-kira satu nyawa setiap 40 saat.
9. Berita Harian, 12 Januari 2019 - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pada kadar 12.1
peratus, diikuti orang dewasa 29.2 peratus dan warga tua berusia 60 tahun ke atas pula
24 peratus.
22 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

