Page 25 - BAB 4 :PEMBIAKAN-CIKGU ARIFF
P. 25
Cara menjaga kebersihan
diri semasa haid
Mandi – Kerap mandi ketika datang bulan, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang.
Cuaca yang panas di Malaysia akan membuatkan anda berpeluh, lebih-lebih lagi ketika haid, suhu badan
akan lebih panas berbanding biasa. Selain untuk menyejukkan badan, mandi juga merupakan proses untuk
anda membersihkan diri terutamanya di kawasan alat sulit.
2) Kerap Menukar Seluar Dalam – Pastikan anda kerap menukar seluar dalam terutamanya setiap kali
selepas mandi untuk membuatkan anda rasa lebih selesa dan bersih.
3) Kerap Menukar Tuala Wanita – Jangan guna tuala wanita yang sama untuk tempoh yang lama.
Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya selepas 3 atau 4 jam anda memakainya. Ini untuk mengelakkan
tuala wanita menjadi terlalu lembab dan pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Selain itu tuala
wanita yang dipakai terlalu lama tanpa menukarnya pasti akan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan.
4) Bersihkan Tuala Wanita Sebelum Membuang – Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan
tuala wanita yang telah anda gunakan dibersihkan dengan cara yang betul, sebelum dibungkus dan dibuang
ke dalam tong sampah. Jangan sesekali membuang ke dalam lubang tandas kerana tuala wanita kerap
menjadi punca utama tandas tersumbat. Basuh tuala wanita dengan air, letak sedikit ‘shower gel’ atau
sabun untuk menghilangkan bau darah dan selepas membersihkannya, balut di dalam kertas sebelum
membuangkannya ke dalam tong sampah.
5) Basuh Tangan – Setiap kali sebelum dan selepas menggunakan tuala wanita, pastikan anda basuh
tangan dengan sabun dan air yang bersih. Ini untuk memastikan kesihatan sentiasa terpelihara.
6) Jaga Kebersihan Bahagian Intim – Pastikan anda menjaga kebersihan kawasan alat sulit atau bahagian
intim. Pastikan setiap kali anda menukar tuala wanita, anda bilas bahagian intim dengan air yang bersih. Ini
untuk mengelakkan berlakunya infeksi bakteria
7) Guna Deodran – Ketika haid atau period, badan akan berasa lebih panas dari biasa akibat pengeluaran
hormon estrogen. Estrogen akan mengeluarkan peluh dan minyak dari tubuh lebih banyak berbanding biasa.
Ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Jadi untuk mengelak bau badan yang kurang
menyenangkan, pastikan anda memakai deodran setiap kali selepas mandi.

