Page 27 - BAB 4 :PEMBIAKAN-CIKGU ARIFF
P. 27

PROSES PERSENYAWAAN DAN KEHAMILAN:
  1.Semasa pengovulan, ovari melepaskan ovum ke dalam tiub falopio
  2.Semasa ejakulasi, zakar (penis) memancutkan sperma ke dalam faraj
  (vagina)
  3.Beribu-ribu sperma memasuki uterus melalui serviks dan kemudian
  terus berenang memamasuki tiub falopio
  4.Di tiub falopio, persenyawaan berlaku apabila hanya satu sahaja
  sperma dapat bergabung dengan ovum. Nukleus sperma akan
  bercantum dengan nukleus ovum membentuk zigot.
  5.Zigot akan berkembang membentuk bebola sel yang dikenali sebagai
  embrio.
  6.Embrio akan bergerak sepanjang  tiub falopio hingga ke uterus dan
  terbenam pada dinding uterus. Proses ini dikenali sebagai proses
  penempelan.
  7.Embrio akan terus berkembang dan membentuk fetus (janin). Fetus
  juga akan terus berkembang sehingga dilahirkan yang panggil sebagai
  bayi.


  •MINGGU 1-4
  •Tangan dan kaki mula terbentuk.
  •Minggu 7-9
  •Hidung,telinga dan jari akan keliihatan.
  •Minggu 10-19
  •Embrio akan kelihatan seperti bayi.

  •Minggu 20-37
  •Fetus akan semakin kelihatan menyerupai bayi
  •Minggu 38-40
  •Fetus terbentuk dengan lengkap.
  •Badan fetus berputar sehingga kepalanya menuju ke arah
  serviks.
  •Dinding berotot uterus mengecut dengan kuat,amnion
  pecah dan bendalir amnion dibebaskan.
  •Fetus ditolak keluar dari uterus melalui faraj dan seterusnya
  keluar dari badan.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31